Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, percaya pasukannya mampu bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) tetapi menegaskan mereka bukan dalam kalangan pasukan pilihan.
Juara Serie A itu melangkah ke suku akhir hasil kemenangan 2-1 ke atas Tottenham untuk memastikan kemenangan 4-3 secara agregat.
Mereka menyertai Real Madrid, Manchester City dan Liverpool manakala Bayern Munich, Barcelona dan Manchester United berada di landasan untuk menyertai mereka.
Allegri gembira menyaksikan pasukannya mara tetapi menyifatkan Real dan Barcelona adalah pilihan juara.
"Kami gembira di atas kemenangan ini dan mara ke suku akhir," kata Allegri.
"Saya sentiasa memberitahu sejak kali pertama mengendalikan Juventus bahawa sasaran kami adalah cuba untuk mara sejauh yang mungkin dalam kejohanan ini. Tetapi terdapat banyak pasukan yang berkualiti dalam saingan kali ini.
"Real dan Barcelona adalah pasukan pilihan. Bayern Munich juga mampu menghadirkan persembahan yang cemerlang.
"Buat masa ini, kami gembira kerana mara ke peringkat ini."
Undian suku akhir akan dilakukan pada 18 Mac ini.