Skip to main content

Bola Sepak

Rasmi: FIFA sahkan dokumen pemain warisan palsu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Selepas waktu getir melepasi 10 hari untuk menjelaskan 'motivated decision', Keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah menjatuhkan hukuman kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), termasuk tujuh bintang warisan Harimau Malaya berikutan pemalsuan dokumen yang diterima. 

FAM diperintah membayar denda yang ditetapkan, selain Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, telah dikenakan penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak bermula tarikh yang dimaklumkan.

Krisis tersebut dilihat terus meruncing susulan FAM didapati mengemukakan dokumen tidak sah dan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang melibatkan isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.

 

Menerusi satu keputusan hasil siasatan yang dijalankan, terdapat percanggahan maklumat yang diperoleh FIFA, dan tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar. 

Dokumen asal yang dipaparkan oleh FIFA menunjukkan datuk atau nenek tujuh pemain 'Malaysian Abroad' itu tidak dilahirkan di Malaysia.

Hasil semakan FIFA melalui rekod pendaftaran di negara-negara berkaitan, ia jelas membuktikan bahawa ketujuh-tujuh pemain itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia. 

Laporan itu turut menyebut bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya mengeluarkan salinan berdasarkan maklumat sekunder yang diserahkan kepada mereka, bukan berpandukan rekod kelahiran asal.
Harimau Malaya

Satu Semangat, Satu Jersi

Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video