Skip to main content

Bola Sepak

Rashford, Sancho selamatkan maruah Red Devils di Old Trafford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jadon-sancho_1jykv0l55ly4a15jqzqzb5h1o9.jpg
Jadon Sancho dan  Marcus Rashford menyelamatkan Manchester United untuk seri 2-2 dengan Leeds United di Old Trafford, menafikan kemenangan pelawat yang hadir tanpa pengurus pasukan ekoran kebangkitan tuan rumah.

United mengetahui kemenangan bakal menyaksikan mereka berkongsi mata dengan penghuni tangga kedua liga, Manchester City, namun Wilfried Gnonto mengejutkan The Red Devils dengan meledak gol pada minit pertama.

Jaringan Raphael Varane menyaksikan United menyukarkan lagi tugas United, bagaimanapun Rashford menghidupkan peluang mereka apabila menyempurnakan hantaran lintang Diogo Dalot dengan tandukan menewaskan penjaga gol Leeds, Illan Meslier.

Sancho -- yang baru-baru ini kembali ke pangkuan selepas diketepikan -- menyamakan kedudukan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua, sebelum United gagal memaksa kemenangan selepas deretan peluang dalam masa kecederaan.
 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video