Sergio Ramos dipuji berikutan contoh 'baik' yang ditunjukkannya di padang, kata pemain antarabangsa Norway, Josh King.
Penyerang Bournemouth itu menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti ketika Norway menghadapi Sepanyol dalam aksi Kumpulan F, kelayakan Euro 2020, semalam.
Begitupun, Ramos memastikan tiga mata buat pasukan bimbingan Luis Enrique itu dari jarak 12 ela untuk memperdayakan Rune Jarstein dengan sepakan gaya Panenka selepas penjaga gol tersebut menjatuhkan Alvaro Morata.
Ramos dianggap sebagai antara pertahanan paling sukar untuk dihadapi dalam bola sepak dan tidak gentar untuk dihukum, dengan King sebaliknya menghamburkan pujian terhadap ketua pasukan Sepanyol itu.
"Saya fikir saya telah berdepan dengan salah seorang pertahanan tengah terbaik di dunia," kata King kepada VG Norway.
"Ramos mempunyai reputasi permainan kotor dan kasar tetapi saya tidak ingat tentang itu ketika bertembung dengannya.
"Saya tidak menonton semua perlawanan membabitkannya tetapi saya fikir kesemua terjahannya adalah bersih dan bagi saya, dia adalah seorang atlet yang sangat baik.
"Dia memenangi beberapa perebutan dengan saya dan begitu juga dengan saya. Saya fikir ia adalah permainan yang baik."
Jaringan itu bermakna Ramos telah menyumbat gol dalam lima penampilan terakhirnya.
Sepanyol akan meneruskan kempen kelayakan mereka menentang Malta, awal pagi Rabu ini.