Skip to main content

Bola Sepak

'Rakyat Kelatan di Lembah Klang boleh turun Cheras lawan Negeri Sembilan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krw.jpg
Kelab Liga A1 Semi-Pro, Kelantan Red Warrior (KRW), menyeru peminat bola sepak Kelantan sekitar Lembah Klang membanjiri Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras 12 Julai (Sabtu) ini.

KRW merupakan pasukan baharu yang akan beraksi dalam liga amatur negara di bawah kelolaan Amateur Football League (AFL) sedang mempersiap skuad dengan mengadakan siri jelajah pramusim berdepan beberapa kelab terkemuka Malaysia.

Terdahulu, KRW tampil mengikat kelab Liga Super, Terengganu, 2-2 di Kota Bharu, sebelum tewas kepada Melaka. 

Ketika perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, jumlah kehadiran penonton mencatatkan kedatangan positif, dan perkara itu dituntut lagi bagi memeriahkan suasana sebelum aksi sebenar bermula.

Presidennya, Nik Hafiz Naim Nik Hassan, meletakkan harapan tinggi untuk peminat Kelantan menyaksikan aksi seterusnya.

 
@kelantanredwarriorfc KRW FC vs NEGERI SEMBILAN FC . ?CHERAS. 12 JULAI . Klik link di bio untuk beli tiket . #KRW #GomoKelateGomo #kelantanreborn ♬ original sound - KELANTAN RED WARRIOR FC


KRW akan bertemu Negeri Sembilan sebagai perlawanan pemanas badan dengan misi serupa kedua-dua pasukan untuk mempersiap pemain menjelang musim hadapan.

"Adakah kita mampu mengulangi semula jumlah kehadiran penonton sebelum ini di Cheras?

"Kalau boleh dapat lebih kurang 15,000 penyokong.

"Kita akan menentang satu pasukan yang kuat juga iaitu Negeri Sembilan.

"Rakyat Kelantan di Lembah Klang boleh turun beramai-ramai memeriahkan aksi ini," katanya di TikTok. 

Advertisement

Must Watch Video