Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Rakitic gembira di Barcelona

ivanrakitic.jpg
Ivan Rakitic berkata Barcelona adalah yang terbaik buat dirinya dan gembira untuk terus kekal bersama juara LaLiga itu.

Rakitic memiliki kontrak bersama Barca hingga 2021 tetapi masa depan pemain tengah Croatia itu masih belum diputuskan selepas Inter, Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.

Kehadiran Frenkie de Jong di Nou Camp bagi musim 2019-20 meningkatkan lagi keraguan tetapi Rakitic tidak merancang untuk meninggalkan gergasi Sepanyol itu.

"Saya gemar berada di Sepanyol," kata Rakitic.

"Keluarga saya gembira berada di sini di Barcelona kerana sangat hampir dengan Seville. Ia adalah tempat yang terbaik buat saya."

Rakitic, yang menyertai Barcelona daripada Sevilla pada 2014, melakukan 24 penampilan musim ini.

Pemain berusia 30 tahun itu beraksi selama 90 minit ketika menewaskan Real Madrid 3-0 bagi memastikan mereka melangkah ke final Copa del Rey menerusi agregat 4-1.

Advertisement

Must Watch Video