"Gembira dalam kecewa." Itu reaksi jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, yang terpaksa melewati saat cemas pada akhir permainan apabila Melaka melakar kebangkitan dalam pusingan kedua Piala FA, malam tadi.
Mendahului pertemuan itu dengan tiga jaringan seharusnya sudah cukup melegakan Rajagobal.
Bagaimanapun, itu tidak berlaku sehingga ke akhir babak apabila Melaka mula bangkit untuk memburu jaringan penyamaan.
Dua jaringan Melaka ketika lima minit menuju wisel terakhir di Stadium Shah Alam itu meletakkan Rajagobal dan barisan kendaliannya dalam keadaan cemas buat seketika sebelum kesudahannya menang 3-2.
"Pada penghujung 10 minit terakhir, terutama apabila kami memberikan penalti, saya berpesan kepada pemain bahawa ia tidak mengapa, ayuh berusaha agar tidak melepaskan gol lagi tetapi jaringan kedua Melaka pula hadir.
"Ia merangsang keyakinan mereka," kata Rajagobal.
Dalam pada itu, ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan, terpaksa menerima hakikat laluan mereka dalam Piala FA sudah pun berakhir.
Dia tetap memuji usaha yang cuba dilakukan anak buahnya pada saat-saat akhir tetapi ia sudah terlalu lambat untuk mengubah keadaan.
"Saya tahu mereka (pemain) boleh beraksi baik apabila mereka membuktikannya pada penghujung permainan.
"Persoalannya, sudah terlambat (untuk bangkit) selepas kami kena 0-3.
"Kalau mereka berikan aksi seperti itu dari awal permainan, keputusan ini tidaklah menjadi seteruk mana.
"Kesilapan kami sendiri yang membenarkan pasukan lawan untuk menjaringkan gol," kata Zainal lagi.