Skip to main content

Bola Sepak

Raffael alami kecederaan lagi sesudah pulih

raffael-suffers-fresh-injury-setback.jpg
Borussia Monchengladbach mengesahkan penyerang Brazil, Raffael, mengalami kecederaan yang baru, tidak lama selepas pulih daripada masalah aduktor.

Penyerang itu telah dibawa keluar beberapa minit selepas separuh masa kedua bermula di Gladbach, dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona malam kelmarin, selepas mengalami kecederaan pada hamstring kirinya.

Gladbach mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa Raffael telah menjalani imbasan MRI semalam untuk mengenal pasti kecederaannya tetapi tiada skala masa yang ditetapkan untuk pemulihan.

Raffael terlepas dua perlawanan Bundesliga ketika Gladbach menentang Leipzig dan Ingolstadt dan kini dia dijangka bakal terlepas perlawanan menentang Schalke pada Ahad.

"Ia disebabkan oleh ketegangan otot aduktor kanannya tetapi kecederaan itu tidak berkait dengan kecederaannya yang terakhir," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Gladbach.

Advertisement

Must Watch Video