Penyerang import baru Sri Pahang FC, Rafael Silva, mengakui tempoh perjalanan yang panjang menjadi kesukaran buatnya menyesuaikan diri dengan waktu latihan bersama pasukan.
Namun, dia juga tidak menafikan kebolehannya mempamerkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan jika diberi kepercayaan.
Dia diturunkan sekitar 30 minit terakhir perlawanan ketika tuan rumah menundukkan Selangor FC 1-0 menerusi jaringan tunggal Kevin Ingreso di Stadium Darulmamkur, semalam.
"Saya baru sampai empat hari lalu dan saya memerlukan sedikit masa lagi selepas melalui perjalanan yang jauh.
"Lagipun perbezaan zon waktu juga membuatkan saya sedikit keliru ketika ini.
"Rakan saya, Pedro Henrique, yang pernah beraksi di sini berkata Sri Pahang merupakan salah satu kelab besar di Malaysia.
"Saya serta-merta ke sini sebaik mengetahui tawaran daripada Sri Pahang," kata penggempur dari Brazil itu di Nadi Arena sebentar tadi.