Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dilaporkan akan menghantar surat bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu perlawanan Bahrain-Indonesia, awal pagi tadi.
Menerusi laporan Kompas.com, PSSI akan memastikan bantahan tersebut sampai ke pihak AFC untuk tidakan lanjut susulan kontroversi pengadil dari Oman, Ahmed Abu Bakar Al-Kaf.
Ketidakpuasan hati tersebut hadir apabila Indonesia gagal untuk meraih 3 mata apabila gol penyamaan Bahrain muncul pada minit 90+9 meskipun masa tambahan yang diberikan pengadil ke-4 adalah selama 6 minit.
"Ya, kita kirim surat protes," kata Exco PSSI, Arya Sinulingga kepada Kompas.com
"Kami sangat kecewa dengan kepimpinan wasit, seperti menambah waktu sampai Bahrain menciptakan gol," jelas Arya.
Dalam pada masa yang sama, pengurus pasukan Indonesia, Sumardji turut dilayangkan kad merah akibat protes melampau yang dilakukannya terhadap pegawai perlawanan sejurus jaringan penyamaan Bahrain.
Indonesia kini berada di tangga ke 5 kumpulan dengan 3 mata selepas mencatat 3 keputusan seri bertemu Arab Saudi, Australia, dan Bahrain.
Mereka akan meneruskan aksi ke 4 kumpulan menentang China pada Selasa, 15 Oktober 2024.