Persatuan Perbadanan Stadium (PSM) terpaksa akur apabila gagal menyediakan padang terbaik untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
PSM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memohon maaf kepada penganjur Liga Malaysia (Liga-M), Liga Bolasepak Malaysia (MFL), kerana gagal menepati jaminan mereka sebelum ini bahawa keadaaan rumput zeon zoysia itu akan bersedia selepas konsert Coldplay pada 22 November lalu bagi pertemuan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC.
Dalam masa sama, PSM bertekad meningkatkan tahap pengurusan pada masa akan datang.
Shaiful Shamsudin
Thu Dec 07 2023