Skip to main content

Bola Sepak

PSG tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Mbappe -- Galtier

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

christophe-galtier-and-kylian-mbappe_1xk27dflqc9zb1l69mvuz8zj7g.jpg
Paris Saint-Germain tidak boleh bergantung kepada Kylian Mbappe untuk mengubah prestasi kurang memberangsangkan pasukan, menurut ketua jurulatih, Christophe Galtier.

PSG tewas tiga daripada empat perlawanan dalam semua pertandingan, dengan ketinggalan satu jaringan dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara ke atas Bayern Munich dan harapan untuk memenangi gelaran ke-15 Coupe de France musim ini sudah berakhir.

Kemenangan dramatik 4-3 ke atas Lille dalam aksi Ligue 1 minggu lalu menamatkan rentetan kekalahan, tetapi kelebihan PSG di puncak liga mungkin dikurangkan dua mata lagi jika tewas kepada Marseille esok.

Marseille berjaya mengatasi skuad kendalian Galtier dalam aksi pusingan 16 Coupe de France awal bulan ini, dan pengendali PSG itu berkata mereka tidak boleh bergantung kepada Mbappe jika mahu mengatasi pencabar terdekat mereka dan kembali menemui rentak kemenangan.

"Semua orang bimbang," kata Galtier. “Kami berpendapat pemain mampu mengetepikan kekalahan terdahulu dalam masa singkat, tetapi itu tidak benar.

"Kami perlu memenangi setiap bola ketika bersaing dengan Marseille. Kami perlu melakukan lebih banyak larian, sesuatu yang kurang dilakukan semasa perlawanan Coupe de France. Dengan Kylian, kami akan cuba melakukannya.

"Tetapi bukan dia sahaja yang sepatutnya membantu kami. Dia mampu membuat perubahan, tetapi pemain lain perlu menonjolkan diri mereka dengan lebih bebas dan dengan lebih keazaman untuk menewaskan Marseille."
 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video