UCL
PSG tidak akan buat keputusan terburu-buru -- Al-Khelaifi
Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi, sedih dengan penyingkiran pasukannya dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) tetapi berkata masih terlalu awal untuk melakukan sebarang pertukaran.
Gergasi Ligue 1 itu tewas 2-1 di laman sendiri kepada Real Madrid awal pagi tadi, yang menyaksikan mereka tewas 5-2 secara agregat kepada penyandang juara.
Keputusan itu sekali gus memberikan tekanan kepada pengendali pasukan, Unai Emery, yang gagal membantu pasukan ke suku akhir buat kali kedua berturut-turut tetapi Al-Khelaifi memberi jaminan bahawa kelab itu tidak akan membuat sebarang keputusan terburu-buru.
Iklan
"Setiap orang sedang bersedih," katanya. "Kami akan cuba bertenang dan berfikir mengenai sebarang perubahan."
Cristiano Ronaldo meletakkan Real di depan sebelum Marco Verratti dilayangkan kad merah, sekali gus meleburkan harapan PSG untuk bangkit.
Edinson Cavani menyamakan kedudukan untuk tuan rumah tetapi Casemiro memastikan kemenangan buat skuad kendalian Zinedine Zidane itu 10 minit sebelum perlawanan berakhir.
"Kami amat kecewa dengan keputusan ini.
"PSG telah mendominasi permainan dalam babak pertama. Kami hanya gagal menjaringkan gol.
"Kad merah Verratti memusnahkan harapan kami. Kami akan terus bekerja keras untuk kelab dan penyokong kami," ujar Al-Khelaifi lagi.
Must-Watch Video