Skip to main content

Bola Sepak

PSG belum layak juarai UCL

7318marquinhos.jpg
Marquinhos mengakui menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) adalah di luar dakapan Paris Saint-Germain (PSG) yang tewas 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) kepada Real Madrid.

Pendahulu Ligue 1 itu tewas 2-1 kepada penyandang juara berkenaan di Parc des Princes dalam aksi timbal balik, memahat kekalahan agregat 5-2 kepada skuad bimbingan Zinedine Zidane itu.

Selepas tewas secara dramatik kepada Barcelona dalam pusingan yang sama musim lalu dengan melabur hampir EURO400 juta (RM1.9 bilion) untuk mendapatkan khidmat Neymar dan Kylian Mbappe dalam usaha untuk tampil lebih cemerlang di Eropah, PSG gagal untuk mengubah nasib mereka, apatah lagi tanpa Neymar yang mengalami kecederaan.

Marquinhos menyifatkan UCL merupakan sasaran utama mereka musim ini dan berasakan masih belum mencapai tahap untuk mencabar gelaran itu.

"Ia amat mengecewakan. Sukar untuk menerima penyingkiran dalam kejohanan ini kerana ia adalah sasaran utama kelab," katanya.

"Ia membuktikan kami perlu terus bekerja keras untuk lebih matang dan lebih berpengalaman.

"Real membuktikan mereka adalah pasukan yang berpengalaman kerana meneliti setiap aspek dalam perlawanan.

"Saya berasakan kami tidak mampu memenangi UCL buat masa ini. Semua orang memberitahu kepada kami untuk tewas terlebih dahulu sebelum bergelar juara," katanya.

Advertisement

Must Watch Video