Projek pertukaran rumput jenis zeon zoysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menelan belanja sebanyak RM2.3 juta sudah bermula April lalu dan dijangka sedia digunakan sempena Kejohanan Pesta Bola Merdeka Oktober ini.
Perbadanan Stadium Malaysia bagaimanapun belum mampu menawarkan jaminan buat Harimau Malaya 'merasmikan' gelanggang keramat itu untuk edisi ke-42 yang kali terakhir dianjurkan 10 tahun lalu.
"Kami perlu menunggu keputusan daripada pihak penasihat untuk memberikan lampu hijau untuk membenarkan penganjuran pertandingan dapat dilakukan di sana," kata Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac.
Sementara itu, majlis sambutan ulang tahun ke-25 Kuala Lumpur Sports City menyaksikan PSM merangka inisiatif dalam misi merakyatkan sukan.
Ini melibatkan aktiviti selain langkah memaksimakan kepenggunaan venue dan program rekreasi.
"," kata
Ammar Hakim
Wed Jul 26 2023