Skip to main content

Bola Sepak

Program pemain naturalisasi Liga-M usah untungkan sebelah pihak -- Azlan Johar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azlan-johar.jpg
Pengumuman Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung dua pemain Sri Pahang,  Lee Tuck dan Sergio Aguero, sebagai pemain naturalisasi dalam Liga Malaysia (Liga-M) terus mendapat reaksi pelbagai pihak.

Tidak terkecuali bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar, yang berpendapat pendaftaran dua pemain terbabit hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak.

Lantas, Azlan yang juga bekas pemain tonggak Selangor era 80-an mencabar Lee Tuck dan Aguero agar membuktikan kemampuan masing-masing dalam liga demi layak menyarung jersi Harimau Malaya.

"Perkhabaran ini adalah berita yang cukup baik Sri Pahang. 

"Mereka dapat (memberikan slot) dua lagi pemain import (untuk didaftarkan), jadi itu satu kelebihan buat pasukan Sri Pahang. 

"Tapi untuk kemajuan bola sepak negara, saya tidak nampak di sini.

"Jika mereka dipanggil untuk mewakili negara, pemain perlu mempamerkan semangat juang yang lain dan ini bergantung kepada aksi, minit permainan mereka dalam Liga-M. 

"Saya tidak rasa mereka akan mewakili pasukan negara. 

"Saya tidak salahkan sesiapa, ini satu cara terbaik untuk memajukan kekuatan pasukan masing-masing. 

"Apa yang dilakukan oleh Sri Pahang ini bukan salah, mereka tidak melanggar undang-undang, saya harap Sri Pahang maju jaya," kata bekas pemain Selangor, Terengganu dan ATM itu dalam Nadi Arena sebentar tadi. 

Untuk rekod, pendaftaran mereka akan berkuat-kuasa dalam Piala Malaysia musim ini. 


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video