Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata tahap prestasi pengadil bagi saingan Liga Malaysia tahun lalu berada di tahap memuaskan.
Menurutnya, FAM akan terus komited menambah baik kualiti pengadilan menerusi aktiviti-aktiviti pembangunan dan pemerkasaan pengadil pada tahun ini.
"Bagi musim 2022, FAM telah menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan pembangunan dan pemerkasaan pengadil demi menjaga serta mengekalkan kualiti barisan pengadil yang bertugas dalam Liga Super dan Liga Perdana.
"Bukan mudah untuk seorang pengadil membawa tanggungjawab melaksanakan perlawanan yang sentiasa menjadi tumpuan penyokong bola sepak negara.
"Namun, Alhamdulillah, secara keseluruhannya, prestasi pengadil bagi musim 2022 berada di tahap yang memuaskan."
Hamidin berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Jersi Baru Pengadil bagi musim 2023 dan Majlis Makan Malam Bersama Pengadil Kebangsaan pada semalam.
Dalam pada itu, dia turut memberikan penghargaan kepada Kronos Malaysia atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada FAM dalam memastikan barisan pengadil Malaysia dapat beraksi dengan baik.
"Semoga menerusi majlis makan malam penghargaan pengadil ini serta jersi baru pengadil yang akan digunakan bermula Februari ini dapat menyuntik semangat serta motivasi buat barisan pengadil dalam menjalankan amanah yang telah diberikan," katanya lagi.
Selain pelancaran jersi baru pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin dan Mohd Yusri Muhamad telah dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik Kebangsaan dan Penolong Pengadil Terbaik Kebangsaan bagi Musim 2022.
Nurul Hafizah Nuraddin dan Siti Noorhidayat Ghazali pula masibg-masing dinobatkan sebagai Pengadil Wanita dan Penolong Pengadil Wanita Terbaik bagi musim 2022.
Kredit: Sinar Harian