Jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, melihat masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki anak buahnya, namun tetap berpuas hati dengan komitmen dalam permainan yang ditampilkan selepas menewaskan Kelantan Red Warrior (KRW) 2-0 dalam aksi pramusim di Cheras, malam tadi.
Momentum kemenangan 1-0 ke atas skuad B-23 pada 11 Julai lalu hasil sentuhan penyudah pemain import baru mereka, Mio Tsuneyasu, menerusi tandukan kemas pada minit ke-32 dan A. Selvan yang memanfaatkan hantaran lolos daripada Luqman Hakim Shamsuddin bagi menambah kelebihan jaringan skuad Jang Hoben.
"Hal sebegini bergantung kepada profil pemain yang kami ada.
"Kami cuba dapat menghubungkan kelebihan mereka.
"Ia bukan soal taktikal tapi kesesuaian mereka terhadap apa yang kami inginkan," katanya.
Sementara itu, Luqman Hakim menjelaskan fokus setiap pemain sememangnya tertumpu untuk mengadaptasi taktikal permainan daripada jurulatih selain menambah keserasian pemain sebagai sebuah pasukan.
"Keserasian kami akan lebih baik lagi dalam perlawanan seterusnya.
"Barisan pemain dan jurulatih mempunyai persefahaman yang baik, di tambah pula dengan kehadiran pemain import," katanya pula.