Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, diulit resah menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) selepas buntu mencipta jaringan ketika diuji Asia Warriors di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Pengendali dari Jepun itu memberi bayangan sedia mengubah regim latihannya tatkala menuju pembukaan kempen merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah berdepan juara Liga Super 11 kali, Johor Darul Ta'zim (JDT), 8 Ogos depan.
Perlawanan tadi itu menyerlahkan lagi kepincangan barisannya, lebih-lebih di jentera serangan yang gagal merobek sebuah pasukan yang dibarisi pemain veteran tersebut.
"Saya sangat tidak gembira. Kami perlu bekerja keras dan lebih serius dalam latihan.
"Kami berdepan situasi sukar disebabkan pertukaran dan saya menggunakan kesemua pemain.
"Ini situasi berbeza dengan perlawanan sebenar.
"Tapi kami perlu (memperlihatkan) kemajuan sepanjang masa.
"Dalam tempoh dua minggu, kami perlu tingkatkan aspek corak permainan serangan dan keazaman yang tinggi," katanya selepas perlawanan.