Skip to main content

Bola Sepak

Portugal tidak bergantung kepada Ronaldo

ronaldo.jpg
Ketua jurulatih, Fernando Santos, menegaskan Portugal tidak bergantung kepada kapten dan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo telah mengetuai Portugal dalam saingan Piala Dunia, menjaringkan empat gol untuk membantu juara Euro 2016 itu berdepan Uruguay dalam pusingan kalah mati di Sochi, awal pagi esok.

Santos, bagaimanapun, menjelaskan kemaraan Portugal tidak bergantung kepada seorang pemain semata-mata, sebaliknya semua individu terlibat dalam pasukan.

"Saya perlu mengulangi saya sentiasa memahami soalan. Semua orang tahu bahawa kami bergantung kepada semua pemain Portugal.

"Kami memiliki salah seorang pemain terbaik dunia tetapi jika soalan diajukan kepada Luis Suarez dan Edinson Cavani, anda boleh bertanya soalan mengenai Uruguay kerana anda memiliki pemain-pemain yang berkualiti dalam setiap pasukan.

"Jika pasukan perlu beraksi dan jika Ronaldo bermain seorang diri, kami akan tewas. Kami lebih kuat sebagai sebuah pasukan sama seperti Uruguay.

"Sukar untuk bergantung kepada seorang pemain. Walaupun anda menjaringkan empat gol, anda memerlukan sokongan seluruh pasukan," ujarnya.

Portugal menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan B manakala Uruguay tidak dibolosi dalam tiga perlawanan ketika menjuarai Kumpulan A.

"Uruguay adalah Uruguay. Anda tahu mereka memiliki (Oscar Tabarez) yang telah berkhidmat selama 12 tahun.

"Seorang yang berpengalaman. Kualiti. Pasukan yang kuat. Kami mengenali setiap pemain-pemain mereka. Anda tidak dapat melihat sebarang kelemahan. Anda kurang melihat kesilapan yang dilakukan. Mereka bermain sebagai satu unit."
 

Advertisement

Must Watch Video