Skip to main content

Bola Sepak

Portugal tidak akan pandang rendah Maghribi -- Silva

adrien-silva.jpg
Pemain tengah Portugal, Adrien Silva, menjangkakan ujian sukar ketika menentang Maghribi apabila mendedahkan jurulatih, Fernando Santos, sentiasa menuntut aksi lebih baik daripada juara Eropah itu. 

Cristiano Ronaldo mencuri perhatian dengan merakamkan hatrik dalam aksi sulung Kumpulan B, Piala Dunia dengan Sepanyol, Sabtu lalu, apabila terpaksa berpuas hati untuk berkongsi mata di Sochi.

Tonggak Leicester City itu tidak diturunkan dalam perlawanan terdahulu, namun Santos berpeluang untuk merombak pasukannya menjelang pertemuan dengan Maghribi -- yang mengalami kekalahan 1-0 kepada Iran -- Rabu ini.

Pemain berusia 29 tahun itu menegaskan Portugal tidak memandang remeh pasukan lawan itu kerana Santos menanamkan mentaliti kemenangan.

"Jurulatih tidak pernah berpuas hati, dia mahukan evolusi," kata Silva kepada pemberita. "Kami tidak pernah berpuas hati.

"Kami memberi tumpuan menganalisis untuk mengatasi Maghribi. Menurut pendapat saya, Maghribi sepatutnya memenangi perlawanan dengan Iran.

"Tiada perlawanan mudah. Kami beraksi menentang pasukan pilihan, kami juga menyukarkan lawan kami, hasilnya positif tetapi kami tidak mahu seri," tambahnya.

Silva menyertai kelab Liga Perdana, Leicester, pada Ogos 2017, walaupun gagal didaftarkan tepat pada masanya sehingga terlepas pusingan pertama liga musim lalu.

Terdahulu, Silva menamatkan khidmat selama 10 tahun bersama Sporting CP sementara bekas rakan sepasukan, Rui Patricio, William Carvalho, Gelson Martins dan Bruno Fernandes turut menjadi sebahagian daripada tonggak Portugal.

Keempat-empat pemain itu kini terlibat dalam pertikaian kontrak dengan kelab susulan serangan sekumpulan penyokong semasa sesi latihan di Lisbon.

Sehubungan itu, mereka cenderung untuk angkat kaki musim depan, begitupun Silva mendakwa Portugal tidak terjejas dengan keadaan sekeliling. 

"Mereka membuktikan bahawa mereka bersedia untuk beraksi," kata Silva.

"Mereka sering berjumpa, pada masa ini mereka tidak membincangkan (mengenai Sporting). Mereka dalam keadaan sangat baik, mereka akan mengharungi kejohanan yang hebat."

Advertisement

Must Watch Video