PIALA DUNIA
Portugal istimewa kerana miliki Ronaldo, kata Pepe
Pemain pertahanan Portugal, Pepe, menganggap negaranya mempunyai keistimewaan apabila memiliki pemain seperti Cristiano Ronaldo dengan berkata permulaan baik bintang itu dalam Piala Dunia bukan satu kejutan.
Ronaldo beraksi cemerlang dalam pertembungan di Russia selepas menjaringkan hatrik untuk membawa pasukannya meraih keputusan seri 3-3 menentang Sepanyol, Sabtu lalu.
Bintang Real Madrid itu menyudahkan sepakan percuma yang menakjubkan bagi mengikat kedudukan pada minit ke-88, dan ia tidak mengejutkan rakan sepasukannya, Pepe.
Iklan
"Bagi saya, ia bukan sesuatu yang baru," katanya hari ini.
"Kami mempunyai perlawanan hebat dan ia sangat penting bahawa dia begitu merendah diri di padang dan bekerja untuk membantu pasukan.
"Kami sangat gembira dengan persembahannya dan prestasi pemain lain," ujarnya.
Hatrik tersebut menyaksikan Ronaldo mengumpul 84 gol antarabangsa, dengan Ferenc Puskas menjaringkan gol paling banyak di Eropah.
Pepe, yang pasukannya menghadapi Maghribi, Selasa ini, berkata ia adalah satu kebanggaan dapat bermain bersama Ronaldo.
"Dia sangat gembira bersama kami dan dia penuh keyakinan setiap hari, dalam setiap perlawanan," katanya.
"Ia adalah satu keistimewaan bagi kami, Portugal, kerana mempunyai pemain seperti Cristiano Ronaldo."
Must-Watch Video



.jpg?ext=.jpg)