BOLA SEPAK
Popov dilantik semula ketua jurulatih TRW 2017
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan pelantikan semula Velizar Emilov Popov sebagai ketua jurulatih The Red Warriors (TRW) musim depan.
Annuar berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan perbincangan terbuka yang dilakukan bersama Popov dan dia diberi kuasa penuh memilih pegawai dan pemain tempatan dan import bagi skuad musim 2017.
“KAFA berpuas hati dengan komitmen Popov dan mahu beliau memilih 'dream team' (skuad impian) belaiu sendiri untuk memastikan 2017 tahun gemilang bagi Kelantan,” katanya dalam entri terbaharu Facebooknya.
Iklan
Pelantikan semula Popov tentunya menggembirakan penyokong setia TRW yang mahukan jurulatih kelahiran Bulgaria itu terus memimpin Kelantan musim depan.
Pelantikan semulanya juga diharap mematikan segala khabar angin mengenai perpindahan Popov ke pasukan lain musim depan, sekali gus menjadi tonik tambahan kepada TRW menghadapi perlawanan terakhir Liga Super menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, 22 Oktober depan.
Must-Watch Video



