Skip to main content

Bola Sepak

Polis tahan pemain wanita PSG kerana serang rakan sepasukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aminata-diallo.jpg
Pemain tengah wanita Paris Saint-Germain (PSG), Aminata Diallo, ditahan polis malam tadi atas dakwaan mempunyai kaitan dengan serangan ke atas salah seorang rakan sepasukannya.

PSG mengesahkan Polis Versailles telah menahan pemain berusia 26 tahun itu susulan insiden Khamis minggu lalu.

Kelab Perancis itu tidak menamakan pemain yang diserang dan sedang membantu siasatan polis. 

Satu kenyataan kelab itu berkata: "PSG mengesahkan Aminata Diallo telah ditahan oleh Perkhidmatan Polis Wilayah Versailles pada pagi ini sebagai sebahagian daripada prosiding siasatan berikutan serangan ke atas rakan sekelabnya pada petang Khamis lalu.

“PSG mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang telah dilakukannya. 

“Sejak petang Khamis lalu, kelab telah mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menjamin kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan seluruh pasukan wanitanya.

"PSG juga sedang bekerjasama dengan Polis Versailles. Kami sedang memberi perhatian yang teliti terhadap perkembangan prosiding ini dan akan mengkaji tindakan yang perlu diambil."

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video