Satu siasatan polis dilancarkan selepas pemain Paris Saint-Germain (PSG) berhadapan dengan sekumpulan individu di lapangan terbang berikutan kekalahan luar biasa kelab Ligue 1 itu di Barcelona dalam Liga Juara-Juara Eropah, Rabu lalu.
Kemenangan 4-0 PSG dalam perlawanan pertama telah diterbalikkan dalam aksi yang menakjubkan apabila Barcelona memenangi perlawanan kedua 6-1, dan juara Perancis itu menyatakan seseorang telah dilanggar oleh sebuah kereta dalam kejadian di Lapangan Terbang Bourget.
PSG mengutuk episod itu dan mengesahkan kerjasama akan diberikan kepada penyiasat.
"Beberapa individu secara lisan menghina pemain sebelum merosakkan kereta mereka. Beberapa kenderaan rosak," kata PSG dalam satu kenyataan, Khamis lalu.
"Dalam keadaan yang sangat bermusuhan dan agresif ini, semua kenderaan telah diiringi untuk memastikan laluan selamat bagi pemain, keluarga mereka dan kakitangan kelab.
"Salah seorang telah dilanggar oleh sebuah kereta, cuba keluar daripada kelompok orang ramai yang mengancam fizikal pemain dan keluarga mereka.
"Siasatan polis sedang dijalankan untuk mengenal pasti apa yang berlaku. Kelab ini, dan semua mereka yang hadir, telah memaklumkan kepada penyiasat mengenai kesediaan mereka untuk membantu siasatan.
"Kelab ini mengutuk sekeras-kerasnya di atas tindakan dan tingkah laku individu berkenaan."