Bintang Perancis, Paul Pogba, menolak untuk memberikan sebarang kenyataan apabila dia dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Juventus dari Manchester United.
Awal bulan ini, Paulo Dybala mendedahkan dia gembira apabila mendapat tahu tentang desas-desus Pogba akan kembali ke Itali.
Walaupun didakwa berdepan masalah dengan Jose Mourinho, Pogba sebelum ini telah menafikannya dan sekali lagi melakukan perkara sama selepas menjaringkan gol kemenangan ketika Perancis menewaskan Australia 2-1, semalam.
"Kini, saya bersama pasukan Perancis dan saya tidak mahu bercakap tentang kelab atau perkara lain," katanya.
"Ya, saya ada berbual dengan Dybala tetapi tidak kira dengan sesiapa saya berborak, tidak semestinya saya akan menyertai pasukan mereka!"
Pogba, yang menjaringkan gol kemenangan buat Perancis sewaktu menewaskan Australia petang semalam, menyifatkan skuad bimbingan Bert Van Marwijk itu adalah lawan yang sukar, namun tetap memuji aksi rakan sepasukannya.
"Kami sedar aksi Piala Dunia sentiasa sukar. Kami memiliki barisan pemain muda yang berbakat.
"Ada yang berpengalaman dalam Piala Dunia dan ada juga yang mengharungi aksi buat kali pertama, jadi mereka harus belajar," ujarnya lagi