Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, mengakui dia terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa selepas pasukannya dibelasah Tottenham Hotspur 3-0, awal pagi semalam.
Jaringan menerusi tandukan Harry Kane serta dua gol daripada Lucas Moura ternyata menghukum kealpaan benteng United, sekali gus membuktikan skuad kendalian Jose Mourinho itu perlu memperkemaskan posisi tersebut.
Mereka memulakan aksi di Old Trafford dengan persembahan yang kemas susulan kekalahan mengejut di tangan Brighton and Hove Albion minggu lalu, namun tetap tidak dapat mengelak daripada dibolosi buat kali kedua berturut-turut.
Pemain Perancis, Pogba, jelas tidak mampu berkata apa-apa selepas menyaksikan pasukannya tersungkur sehingga meneruskan permulaan buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
"Kami sendiri tidak faham apa yang berlaku," kata pemain berusia 25 tahun itu.
"Kami memulakan perlawanan dengan baik, melepaskan dua gol pada awal babak kedua. Jaringan pertama menyentap semangat kami dan kami tidak percaya kerana menguasai perlawanan.
"Lawan menjaringkan gol pertama dan kedua, kami terus melawan serta meraih peluang tetapi dibolosi buat kali ketiga.
"Ia satu malapetaka. Kami bermula dengan baik tetapi tewas 3-0. Ia mengejutkan.
"Kami harus terus mencuba dan tidak gusar. Perlu kerja keras. Kami tetap Manchester United dan tidak akan berputus asa," ujarnya.
Dalam masa sama, Pogba yang beraksi selama 90 minit mengucapkan terima kasih kepada penyokong United dan menegaskan kepada rakan sepasukannya bahawa mereka tidak perlu panik.
"Peminat-peminat sentiasa menyokong dan berada di belakang kami. Kami bersimpati dengan mereka, ia mengecewakan dan kami mahu melakukan lebih baik.
"Saya rasa kami tidak layak tewas. Kami menunjukkan segala keinginan tetapi kadangkala, bola sepak boleh menjadi kejam. Kami harus bangkit.
"Ia tidak akan mudah tetapi ini hanya permulaan liga. Saya lebih gemar bermula buruk tetapi mengakhiri saingan dengan baik."
United akan cuba mengubah nasib mereka apabila berdepan Burnley di tempat lawan, Ahad ini.