Skip to main content

Bola Sepak

Pogba: Saya pemain paling dikritik di dunia

paulpogba.jpg
Paul Pogba mendakwa dirinya adalah pemain yang paling dikritik di dunia di sebalik menjadi kunci kejayaan Perancis melakar kemenangan 2-1 ke atas Australia dalam saingan Piala Dunia.

Pemain tengah Manchester United itu memainkan peranan penting buat Perancis ketika Antoine Griezmann meraih sepakan penalti sebelum menjaringkan gol yang memastikan kemenangan buat skuad kendalian Didier Deschamps itu.

Pemain berusia 25 tahun itu gagal menampilkan aksi konsisten buat kelab dan negara bagi musim 2017-18 tetapi Pogba menegaskan dia tidak terlalu terbawa-bawa dengna kritikan yang dihamburkan kepadanya.

"Saya seperti tidak boleh melakukan sebarang kesilapan," katanya. 

"Daripada pemain yang termahal di dunia kepada pemain yang paling dikritik di dunia. Tetapi inilah bola sepak.

"Ketika saya kecil bersama rakan-rakan, kami sering mengejek antara satu sama lain. Perkara yang sama masih berlaku di atas padang dan saya melihat ia seperti apa yang saya lalui ketika kecil.

"Saya cuba untuk menikmati setiap saat di atas padang. Setiap orang memiliki pendapat sendiri," ujarnya.

Kempen Perancis dalam saingan Piala Dunia akan bersambung Khamis ini dengan berdepan Peru.

Advertisement

Must Watch Video