Skip to main content

Bola Sepak

Pogba patut tinggalkan Man Utd, kata Rooney

pogba.jpg
Wayne Rooney percaya Paul Pogba sepatutnya meninggalkan Manchester United di penghujung musim ini. 

Pemain tengah itu kembali ke Old Trafford pada 2016 selepas berkembang pesat di Juventus selepas bintang Perancis itu berdepan peluang terhad di United pada awal kariernya. 

Bagaimanapun, langkah itu gagal membawa kejayaan yang diharapkan yang menyaksikan United sekadar memenangi dua trofi sejak Pogba dipancing. 

Masa depan Pogba telah lama diperdebatkan dan penampilan Bruno Fernandes sejak ketibaannya pada Januari 2020 membuatkan kredibiliti pemain berusia 29 tahun itu makin dipersoalkan. 

Kontraknya bakal tamat akhir musim ini dan setakat ini belum ada perjanjian baru dimeterai , lantas bekas rakan sepasukannya, Rooney, berpendapat sudah tiba masanya untuk Pogba berpindah.




Bekas penyerang England itu memberitahu Sky Sports: "Mungkin sudah sampai masanya untuk dia angkat kaki. 

“Jika Paul jujur ​​dengan dirinya, dia mungkin sedar bahawa dia gagal memberi impak seperti yang dihajati sejak kembali ke Manchester United. 

"Paul Pogba telah mencipta banyak peluang musim ini.

"Saya melihat menonton aksinya bersama Perancis dan dia sama sekali menjadi pemain yang berbeza dengan visinya, kawalannya terhadap permainan ada dalam setiap perlawanan membabitkan Perancis."

Advertisement

Must Watch Video