SERIE A
Pogba menuju ke Juventus lengkapkan rundingan
Paul Pogba menyampaikan pesanan kepada penyokong Juventus bahawa "Kita akan berjumpa antara satu sama lain tidak lama lagi" ketika pemain tengah itu hadir ke Turin selepas meninggalkan Manchester United.
Pemenang Piala Dunia 2018 itu menikmati empat musim yang sarat dengan trofi bersama Bianconeri selepas meninggalkan United pada 2012 dengan memenangi gelaran Serie A pada setiap musim sebelum kembali ke Old Trafford pada 2016.
Walaupun menjulang trofi Liga Europa dan Piala Liga Inggeris (EFL) dalam kempen pertamanya sebaik kembali, penggal kedua Pogba bersama The Red Devils itu sebahagian besarnya terbukti mengecewakan, dan bulan lalu kelab berkenaan mengesahkan dia akan pergi secara percuma selepas kontrak baru tidak dipersetujui.
Iklan
Watch until the end ⏰ #PogAlmostBack pic.twitter.com/NkJHaxUcA7— Paul Pogba (@paulpogba) July 8, 2022
Pogba serta-merta dikaitkan pulang ke Juventus dengan Ketua Eksekutif, Maurizio Arrivabene, berkata rundingan itu berjalan dengan sangat lancar.
Dan dalam video yang disiarkan ke akaun media sosialnya dari jet peribadi malam tadi, Pogba mendedahkan langkah itu hampir selesai.
"Sudah tiba masanya, sudah tiba masanya, ya tuan," kata pemain tengah itu mengisytiharkan sambil menambah dalam bahasa Itali; "kita akan berjumpa tidak lama lagi."
Must-Watch Video