Pogba meninggalkan Manchester United dan kembali ke Turin untuk mengetepikan tempoh sukarnya di England yang menyaksikannya kerap dibelenggu kecederaan.
Bagaimanapun, masalah lutut kembali melanda Pogba pada minggu-minggu awal penggal keduanya bersama Juventus dan laporan di Itali, malam tadi, membawa berita suram buat tonggak Perancis itu
Pogba mengadu tentang kecederaannya itu ketika mengikuti jelajah Juventus di Amerika Syarikat (AS) dan pemeriksaan awal mendapati meniskus lututnya terkoyak.
Kecederaan di lutut kanannya itu bermakna Pogba akan diketepikan untuk satu jangka masa yang belum ditetapkan.
Ia bergantung kepada tindakan yang diambil dan Corriere dello Sport melaporkan bahawa Pogba akan berjumpa pakar pada hari ini.
Akhbar itu berkata terdapat dua pilihan yang akan dipertimbangkan; yang pertama membabitkan penyingkiran bahagian meniskus yang telah rosak atau yang kedua iaitu fokus untuk membaiki lututnya sepenuhnya. Itu adalah pilihan standard untuk membaiki meniskus yang koyak.
Justeru, pemain berusia 29 tahun itu akan diketepikan selama kira-kira enam minggu tetapi pilihan kedua mungkin memaksanya melupakan baki aksi tahun ini termasuk Piala Dunia Qatar, November depan.
#PogbackToBack ⚪️⚫️ pic.twitter.com/ROHDIr2BSs
— Paul Pogba (@paulpogba) July 11, 2022