Paul Pogba menyertai Romelu Lukaku untuk menafikan laporan wujud pertengkaran di antara kedua-dua pemain itu selepas Manchester United mencatat kemenangan ke atas Southampton dan menggelarkannya sebagai jenaka.
Lukaku menyumbat dua gol untuk meletakkan United mendahului 3-2 di Old Trafford, Sabtu lalu, ketika skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu dianugerahkan sepakan penalti.
Pogba mengambil tugasan tersebut berbanding memberi laluan untuk Lukaku melengkapkan hatrik dan sepakan pemain tengah Perancis itu dinafikan oleh penjaga gol The Saints, Angus Gunn.
Laporan akhbar The Sun mendakwa sumber daripada United yang tidak dinamakan memberitahu Pogba dan Lukaku bertengkar mengenai sepakan penalti itu sehingga terpaksa ditenangkan oleh Solskjaer.
"Apabila kebencian tidak berfungsi, mereka mula sebarkan penipuan," kata Lukaku.
Dan Pogba turut mengikut langkah rakan sepasukannya itu menerusi Twitter dengan berkata: "Apabila kebencian tidak berfungsi, mereka mula sebarkan penipuan. Hahaha manusia amat menggelikan hati," ujar Pogba.
Pogba dan Lukaku merupakan rakan karib sejak sekian lama dan mereka bercuti bersama ketika 2017 sebelum bintang Belgium itu menyertai United daripada Everton.
Lukaku dijangka akan mengetuai barisan depan United dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi esok tetapi Pogba digantung selepas dilayangkan kad merah dalam perlawanan pertama bulan lalu.