Skip to main content

Bola Sepak

Pogba jalani pemulihan di Dubai

paul-pogba.jpg
Pemain tengah Manchester United dan Perancis, Paul Pogba, berkunjung ke Dubai bagi menjalani proses pemulihannya dalam cuaca hangat di sana.

Pogba mengalami kecederaan paha sewaktu menjalankan tugasan antarabangsa bersama Les Blues dan akan berehat panjang.

Pemain berusia 28 tahun itu terlepas dua perlawanan terakhir United menentang Tottenham dan Manchester City selepas dilayangkan kad merah sebaik dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua sewaktu pasukannya dimalukan dengan kekalahan 0-5 di tangan Liverpool.

United seterusnya akan berdepan Watford Sabtu ini dan ia sepatutnya menjadi perlawanan ketiga dan terakhir Pogba digantung tetapi pemain kebangsaan Perancis itu masih belum cergas dan tempoh pemulihannya juga masih belum diketahui.

Selepas mengalami kecederaan itu, Pogba menerbitkan sebuah video di laman sosial yang menunjukkan pemain tengah itu sedang bersemangat tinggi dan fokus terhadap pemulihannya.

"Kita masih belum hilang keyakinan, kita tidak hilang aura positif," katanya.

"Teruskan senyuman, semua yang berlaku bersebab, kita masih dirahmati dan kita akan kembali dan kita akan meneruskannya, itulah caranya.

"Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda, atas semua kasih sayang, Tuhan merahmati anda semua dan kita akan kembali tidak lama lagi," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video