Skip to main content

Bola Sepak

Pochettino tawar perkembangan Vertonghen, Alderweireld

mauricio-pochettinocropped_1vnqrzjez0gv41m8tb1lqluybl.jpg
Mauricio Pochettino berharap dapat memiliki Jan Vertonghen untuk pertembungan Tottenham dengan Huddersfield Town dalam Liga Perdana Inggeris di Wembley, Sabtu ini -- namun masih tidak pasti sama ada Toby Alderweireld dapat kembali beraksi.

Vertonghen berada di luar ketika menang 1-0 ke atas Crystal Palace, Ahad lalu, selepas mendapat kecederaan pergelangan kaki semasa berlatih menjelang kunjungan ke Selhurst Park.

Bagaimanapun, ketika pemain antarabangsa Belgium itu bakal terlepas perlawanan Piala FA menentang Rochdale, awal pagi esok, Pochettino mendedahkan imbasan yang dijalankan telah menawarkan keputusan "positif".

Walaupun Vertonghen mungkin cergas pada hujung minggu ini, rakan senegaranya, Alderweireld, terus dinilai setiap hari ketika dia berjuang untuk mengatasi kecederaan hamstring.

"Jan positif ketika membuat imbasan semalam. Kami positif, kami gembira kerana dia berasa lebih baik," kata Pochettino kepada media menjelang aksi pusingan kelima Piala FA itu.

"Untuk esok, tidak, tapi mungkin untuk hujung minggu ini, ya.

"Dengan Toby, kita perlu menilai dia setiap hari tetapi dia berbeza dengan Jan."

Setelah melakukan pelbagai perubahan untuk perlawanan pertama di Rochdale, Pochettino mengesahkan dia sekali lagi akan membuat pertukaran dalam pertemuan menentang kelab Liga Satu itu di Wembley.

"Kami akan menukar beberapa pemain untuk memberi mereka peluang beraksi," katanya kepada laman web rasmi kelab itu.

"Mereka berada pada tahap yang baik dan seterusnya kami akan bermain semula pada Sabtu ini -- satu tempoh yang singkat untuk pulih bagi perlawanan Liga Perdana -- dan kemudian Liga Juara-Juara Eropah.

"Kami sangat sibuk dengan jadual tetapi itu sebabnya kami memerlukan semua pemain terlibat, cergas dan menjadi sebahagian daripada situasi itu. Dalam perlawanan, mereka mempunyai kemungkinan untuk menunjukkan kualiti mereka."

Advertisement

Must Watch Video