Mauricio Pochettino berkata kakitangan perubatan pasukannya merupakan "ketua" apabila beliau tampil mempertahankan tindakan pasukan doktor Tottenham yang dikritik hebat susulan kecederaan kepala yang menimpa Jan Vertonghen.
Vertonghen mengalami pendarahan selepas berlaga kepala dengan rakan sepasukan, Toby Alderweireld, dan penjaga gawang Ajax, Andre Onana, di udara dalam kekalahan 0-1 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Pertahanan Spurs itu memerlukan rawatan panjang dan dia cuba meneruskan permainan setelah luka tersebut dibersihkan, tetapi dia bergelut ketika meninggalkan padang dengan rakaman menunjukkan pemain Belgium berkenaan tidak dapat berdiri dengan betul ketika dirawat di tepi padang.
Insiden itu menimbulkan persoalan lebih lanjut mengenai pengenalan seorang doktor bebas seperti yang disarankan Persatuan Pemain Dunia (FIFPro) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam usaha memperkenalkan protokol "rawatan gegaran kepala" selepas adegan yang membimbangkan itu turut membabitkan Fabian Schar, David Ospina dan Anthony Lopes, musim ini.
Pochettino ketika ditanya mengenai keadaan Vertonghen dan protokol kecederaan tersebut -- penilaian tentang kedudukannya dibuat selepas tiga minit menerima rawatan -- dia memberitahu pemberita: "Saya tidak terlibat. Keputusan itu dibuat sendiri oleh doktor.
"Adalah sangat penting untuk mematuhi peraturan serta protokol dan kakitangan perubatan kami telah melakukannya.
"Pengadil telah ditanya dan tindakan yang perlu kami ambil adalah dengan membawanya keluar selepas dia mengadu tidak sihat. Kini dia dalam keadaan baik.
"Dia sudah meninggalkan stadium dan kini dalam keadaan lebih santai. Kami akan terus memerhati dan memantaunya kerana ia adalah gegaran kuat tetapi buat masa ini, dia dalam keadaan baik.
"Pertama sekali, kami haruslah melindungi integriti pemain (kesihatan). Kakitangan perubatan kami telah mematuhi segala prosedur tersebut dan mereka memutuskan bahawa Jan boleh menyambung permainannya. Namun, Jan mula berasa tidak sihat lalu kami perlu menukarnya.
"Sudah tentu saya bimbang. Itu reaksi normal kerana bagi saya, perkara paling penting adalah kesihatan pemain.
"Sekiranya mereka meminta kepada saya untuk ditukarkan, saya tidak akan meraguinya tetapi dalam situasi ini, kakitangan perubatan yang akan menentukannya. Saya tidak pernah mempersoalkan tindakan mereka."