Mauricio Pochettino mahu mengakhiri kariernya bersama Tottenham dengan mengikut jejak langkah yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Arsene Wenger bersama Arsenal.
Masa depan Pochettino sering menjadi spekulasi musim ini selepas Real Madrid dan Manchester United memecat pengurus masing-masing.
Pengendali kelahiran Argentina itu, yang kini memasuki musim kelima mengendalikan kelab London Utara itu, mula membayangkan karier yang sama seperti Wenger, dengan harapan mengakhirinya dengan sebaik mungkin.
"Saya amat menghormati Arsene Wenger kerana anda bercakap mengenai 22 tahun mengendalikan kelab seperti Arsenal. Anda perlu menjadi seorang pengurus berkualiti untuk bertahan dalam tempoh yang panjang," kata Pochettino.
"Saya berasakan Wenger berhak menerima pengiktirafan di atas kerja yang dilakukannya. Saya berharap dapat bertemu beliau dan bertanyakan 'adakah setiap pengorbanannya untuk Arsenal berbaloi?'.
"Saya berharap dapat mengendalikan Spurs selama 20 tahun, kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah atau menamatkan karier saya. Tetapi saya perlu bertanyakan terlebih dahulu kepada Wenger kerana apa yang saya lihat pada musim terakhirnya, layanan yang diberikan kepada beliau agak kurang menyenangkan," katanya lagi.
Pochettino dijangka tidak akan membawa masuk pemain baru dalam jendela perpindahan buat kali kedua berturut-turut dan mahu Spurs menggunakan pendekatan berbeza untuk bersaing dengan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mereka kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Liverpool, selepas 21 perlawanan dan bekas pengurus Southampton dan Espanyol itu menegaskan beliau tidak akan mendesak Daniel Levy untuk berbelanja sama seperti Manchester City dan Chelsea.
"Tidak, ia bukan impian saya untuk berbelanja besar. Benar, ia akan membantu anda tetapi bukan dengan cara saya dan ia bukan impian saya.
"Buat masa ini, perbelanjaan yang besar tidak diperlukan. Saya dapat melihat masa depan Tottenham memenangi gelaran. Kami memiliki asas untuk berjaya pada masa akan datang."