Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pochettino mahu aksi suku akhir Liga Juara-Juara di stadium baru

pochettino-cropped_l0j8nshx97an1djxyjwc3g1k1.jpg
Mauricio Pochettino yakin Tottenham dapat beraksi dalam suku akhir Liga Juara-Juara Eropah di stadium baru.

Spurs sebelum ini berharap dapat berpindah ke laman sendiri yang baru awal musim ini tetapi penangguhan kerja-kerja pembinaan membuatkan mereka terus beraksi di Wembley, gelanggang yang mereka gunakan sejak musim 2017-18.

Situasi itu jelas membuatkan pihak kelab dan penyokong kecewa kerana aksi Piala Liga September lalu terpaksa dijalankan di Milton Keynes ekoran acara lain yang berlangsung di stadium nasional itu.

November lalu, Pochettino berkata di berharap Spurs dapat beraksi di stadium baru bulan ini dan walaupun ia tampak sukar, pengendali Tottenham itu mengesahkan perpindahan gelanggang akan berlaku dalam masa terdekat.

Spurs menewaskan Borussia Dortmund 1-0 di Jerman awal pagi tadi untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi kemenangan agregat 4-0 dan Pochettino berharap aksi seterusnya akan menjadi perlawanan pertama di stadium baru dalam saingan Eropah.

"Saya mengharapkan dapat beraksi di stadium baru, sudah tentu," kata Pochettino.

"Kami bercakap dengan pengerusi kelab, Daniel Levy, semalam dan dia sangat positif.

"Ya, saya impikan untuk beraksi di situ. Sebelum perlawanan, kami mendengar lagu tema Liga Juara-Juara dan berbincang dengan pembantu saya, Jesus Perez, dengan berkata alangkah indahnya jika berdiri di stadium baru dan mendengar lagu itu sebelum perlawanan.

"Kini, kami dalamsuku akhir dan diharapkan stadium dapat diselesaikan, jadi kami dapat mendengar lagu itu di sana."

Kemenangan awal pagi tadi menyaksikan Spurs mengesahkan tempat dalam suku akhir buat kali pertama sejak 2010-11 tetapi Pochettino pantas menafikan pasukannya kini sudah melangkah ke tahap yang lebih tinggi.

"Bagi saya, sama ada ke tahap seterusnya atau yang terakhir, ia bukan hanya hari ini untuk mempamerkan persembahan profesional," tambahnya.

"Penting untuk berada dalam suku akhir tetapi anda perlu meningkatkan prestasi jika mahu berada di tahap lebih tinggi.

"Untuk membina kemungkinan itu serta mencapai apa yang kelab mahukan, anda perlu bermula dengan langkah pertama.

"Kami di pertengahan atau 70 peratus daripada ke depan. Saya rasa kami bekerja keras untuk sampai ke tahap itu. Saya rasa stadium akan menjadi langkah penting buat kelab."

Advertisement

Must Watch Video