Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pochettino: Kami percaya mampu tundukkan mana-mana pasukan

mauriciopochettino-cropped_by8t2hu0mcpd1ue9qa527arlu.jpg
Mauricio Pochettino menegaskan Tottenham Hotspur mampu mengatasi mana-mana pasukan di Eropah menjelang aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund.

Spurs dilihat selangkah ke suku akhir saingan musim ini selepas membenam pendahulu Bundesliga itu 3-0 di Wembley minggu lalu.

Namun, persembahan itu memberi kesan kepada mereka apabila kutipan satu mata daripada sembilan perlawanan menyebabkan anak buah Pochettino itu terkeluar daripada perebutan trofi Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, dia percaya keyakinan pasukannya di tahap tinggi menjelang saingan di Signal Iduna Park.

"Dalam kejohanan seperti Liga Juara-Juara atau Liga Europa atau piala domestik, anda bukan sahaja perlu menang tetapi memerlukan tuah untuk ke final," kata pengendali dari Argentina itu.

"Saya rasa kadangkala anda dapat melangkah ke final tetapi mungkin bukan sebuah pasukan terbaik.

"Bagi saya, apa yang penting dalam Liga Perdana Inggeris dan Bundesliga adalah pasukan paling konsisten menang dan menjadi yang terbaik mengatasi 19 lawan lain.

"Keyakinan itu sudah tentu membolehkan kami mengatasi mana-mana pasukan, namun kami perlu menjalankan tugas dengan baik, tampil profesional dan agresif serta melupakan aksi pertama.

"Dalam cita-cita dan fikiran, kami sentiasa positif. Kami mempercayai diri sendiri dan sudah tentu anda boleh menewaskan mana-mana pasukan."

Advertisement

Must Watch Video