Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pochettino gembira di Spurs

pochettino.jpg
Mauricio Pochettino tidak berasakan "terlepas keretapi Real Madrid" tetapi menjelaskan dia gembira di Tottenham.

Pochettino, yang menandatangani kontrak lanjutan hingga 2023 tahun lalu, telah dikaitkan dengan gergasi LaLiga itu selepas Zinedine Zidane meletak jawatan apabila menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut.

Selepas khidmat pengganti Zidane, Julen Lopetegui, tidak berpanjangan, Pochettino dilaporkan menjadi sasaran utama presiden kelab, Florentino Perez, tetapi beliau kekal bersama Spurs.

Zidane kini kembali ke Santiago Bernabeu selepas pengganti Lopetegui, Santiago Solari, turut gagal untuk membantu Real.

Pochettino, yang turut dikaitkan bakal mengambil alih Manchester United, percaya peluangnya untuk mengendali Real akan tiba pada masa akan datang.

"Saya tidak berasakan terlepas keretapi Madrid," kata Pochettino.

"Saya gembira bersama Spurs dan kontrak saya masih berbaki empat tahun lagi bersama pasukan ini.

"Berita saya menyertai Real adalah sekadar khabar angin. Saya sangat gembira di Tottenham," jelasnya.

Undian aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menyaksikan Spurs akan bertemu Manchester City, lawan yang bakal ditempuh tiga kali dalam bulan April.

Manchester United akan berdepan pendahulu LaLiga, Barcelona, dan Pochettino memuji aksi cemerlang ditampilkan oleh kapten, Lionel Messi, yang meledak hatrik ketika mengatasi Real Betis 4-1.

"Barca memiliki barisan pemain yang berkualiti, menakjubkan dan seorang genius. Messi adalah unik dan sentiasa hadir dengan kejutan.

"Apa mengejutkan adalah aksi yang konsisten ditampilkan Messi. Dia melakukannya dalam setiap perlawanan, setiap tiga atau empat hari sejak 11 atau 12 tahun lalu." 

Advertisement

Must Watch Video