Skip to main content

Bola Sepak

PNKP FC buru gol di Kuala Lumpur

pnkp-fc.jpg

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PNKP FC) mahu memburu jaringan di Stadium Arena Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur dalam aksi separuh akhir kedua Piala FAM menentang KL Felcra FC, 9 Oktober ini, setelah terikat 0-0 di Ipoh, semalam.

Menurut jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, kini giliran rakan sejawatannya di Felcra FC berasakan tekanan apabila menerima kunjungan pasukannya kelak.

"Semalam kedua-dua pasukan mempamerkan corak berhati-hati dan saya pasti kita akan lihat 'final' di KL nanti," katanya.

"Saya puji disiplin mereka (pemain) kerana berjaya mengekang jaringan pihak lawan dan turut mencipta peluang dalam separuh masa kedua.
 
"Berdasarkan prestasi malam ini, saya yakin (peluang kami) di KL" ujarnya lagi.

Kenyataan Abu Bakar disokong Ketua Pengurus Pasukan PKNP FC, Jamal Mat Aris, yang menyifatkan pasukannya bakal mencipta sejarah tersendiri.

"Ini penyertaan sulung dan sampai ke tahap ini, sudah pasti saya bangga.

"Saya berharap percaturan kami menjadi apabila kedua-dua pasukan bertemu semula dalam separuh akhir kedua nanti".

Advertisement

Must Watch Video