Skip to main content

Bola Sepak

PMWP 2023: KL City garang benam Perak di Cheras

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

caion.jpg
KL City FC memperoleh kemenangan bergaya 3-0 ke atas Perak FC dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Stadium Cheras, sebentar tadi.

Skuad kendalian Bojan Hodak meneruskan fasa pramusim bertemu Perak FC yang dikendalikan oleh Datuk Leong Tim Kim menjelang saingan Liga Super yang bakal bermula hujung bulan ini.

Tuan rumah berjaya membuka jaringan menerusi awang import baru, Herlison Caion yang melunaskan sepakan penalti pada minit ke-34.

Pelawat berusaha untuk mendapatkan jaringan namun jentera pertahanan ampuh KL City mematahkan gerakan Perak dan berjaya kekal mendahului permainan 1-0 hingga tamat separuh masa pertama.

KL City meningkatkan mutu serangan dalam separuh masa kedua, dan ia terhasil apabila mendapatkan jaringan pada minit ke-53 sebelum Giancarlo Gallifuoco melengkapkan kemenangan. 
 

Advertisement

Must Watch Video