PKNP FC akan melayani kunjungan Kuala Lumpur tanpa tiga pemain utama ketika dua pasukan tercorot Liga Super itu akan mencongak perhitungan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.
Tiga pemain itu adalah Muhammad Shukri Hamid serta dua tonggak import, Amani Aguinaldo dan Siyovush Asrorov.
Shukri dan Aguinaldo terpaksa disisihkan gara-gara penggantungan manakala Asrorov pula pulang ke Tajikistan kerana masalah keluarga.
Shukri digantung dua perlawanan selepas mengutip kad merah dalam perlawanan menentang Pahang di Kuantan manakala Aquinaldo mengutip kad kuning keenam dalam perlawanan yang sama.
Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, terpaksa merombak barisan pemainnya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka.
"Saya terpaksa menggunakan tenaga pemain sedia ada bagi mengimbangi kemampuan pasukan untuk menghadapi perlawanan ini," katanya.
Bagaimanapun, pengendali itu berharap agar Mohd Hafiz Ramdan serta tiga pemain import, Yashir Islame Pinto, Thomas Abbey dan Giancarlo Lopes, mampu memainkan peranan penting dalam perlawanan malam ini.
Abu Bakar, yang juga pengurus pasukan, sedar perlawanan itu pasti mendatangkan aksi sengit kerana kedua-dua pasukan sedang memburu kemenangan.