Selepas empat perlawanan mudah, PKNP FC akan berhadapan ujian paling getir yang pertama apabila melayani Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), malam esok.
"Ini ujian sukar pertama buat PKNP. Pahang bukan calang-calang pasukan.
"Mereka memiliki ramai pemain handalan, terutama pemain import.
"Saya harap pemain PKNP tidak menyerah mudah kepada lawan," kata ketua jurulatih tuan rumah, Abu Bakar Fadzim.
Beliau menyifatkan kemampuan anak didiknya dengan skuad bimbingan Dollah Salleh bagaikan langit dengan bumi.
"Pahang antara pasukan elit dalam Liga Super selain Johor Darul Ta'zim, Kedah, Terengganu dan Perak.
"Kami hanya pasukan kerdil dan sudah tentu mempunyai tugas berat dalam perlawanan ini," katanya.
Apapun, jurulatih itu berharap anak buahnya mempamerkan semangat juang kental untuk memberi saingan kepada pelawat.
"Jikapun kami kalah, biarlah melawan. Apa yang perlu pemain tidak lakukan ialah kesilapan mudah yang akan menyebabkan pasukan terhukum," katanya.