Pengendali Chile, Juan Antonio Pizzi, memuji impak penjaga gol, Claudio Bravo, selepas skuad kendaliannya mara ke separuh akhir Piala Konfederasi, malam tadi.
Penjaga gol Manchester City itu membuat penampilan pertamanya di Russia selepas mengalami kecederaan berdepan Manchester United, 27 April lalu.
Dia mempamerkan aksi mantap dengan beberapa kali menyelamatkan gawang sebelum menjadi inspirasi untuk Chile bangkit meraih keputusan seri 1-1 untuk melangkah ke separuh akhir.
Bravo menempuh aksi terumbang-ambing dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas meninggalkan Barcelona.
Bagaimanapun, Pizzi menegaskan kepentingan pemain itu buat skuad negaranya tidak harus dinafikan.
"Setiap pemain memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan mana-mana kejohanan tetapi dia berjaya melakukannya. Dia seorang yang profesional yang telah bekerja keras untuk kembali cergas.
"Bagi kami, penting untuk Claudio berada di sini. Dia adalah contoh yang terbaik buat pemain lain.
"Tidak perlu untuk melabelnya antara penjaga gol terbaik dunia, kariernya sudah cukup untuk dijadikan sebagai bukti," kata Pizzi.
Sementara itu, Pizzi turut memuji Australia yang berjaya mengekang asakan pemainnya sebelum jaringan penyamaan Martin Rodriguez -- selepas ketinggalan hasil jaringan James Troisi -- menyuntik kelegaan buat Chile mengesahkan slot ke separuh akhir.
"Pihak lawan bermain dengan cukup hebat," tambah Pizzi.
"Mereka bermain dengan cukup agresif. Selalunya kami yang akan tampil dengan permainan yang fizikal tetapi hari ini, pihak lawan memiliki kelebihan itu.
"Pemain saya gagal mempamerkan aksi sebenar, Australia berjaya menutup peluang untuk kami meledak gol.
"Kami beraksi di bawah tekanan kerana semua pihak menjangkakan Chile untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Saya langsung tidak memandang rendah kemampuan mereka. Tahap permainan hari ini umpama bertanding dalam Piala Dunia. Apa yang penting, kami berjaya mara ke separuh akhir."