Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pique: Messi penyakat terbesar yang saya kenal

messi.jpg
Pertahanan Barcelona, Gerard Pique, berkata bintang utama pasukannya, Lionel Messi, merupakan "penyakat terbesar" yang dia pernah kenal.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Argentina dan Barca itu telah memenangi lima anugerah Ballon d'Or dan pelbagai anugerah lain.

Messi sebelum ini terkenal dengan perwatakan pemalunya.

Bagaimanapun, Pique -- yang terkenal dengan kelantangannya bersuara -- mendedahkan sesuatu yang berbeza tentang kapten Barca itu.

"Messi ironinya sorang yang lucu, dia merupakan salah satu penyakat terbesar yang pernah saya kenal," katanya dalam rancangan Movistar+, La Resistencia.

Messi menikmati satu lagi musim menakjubkan dengan juara LaLiga itu ketika Barca sedang bersedia untuk memulakan aksi selepas waktu rehat antarabangsa.

Pemain berusia 31 tahun itu telah menjaringkan 39 gol dalam kesemua kejohanan musim ini dan akan membantu Barca meghadapi jiran setempat, Espanyol, dalam saingan LaLiga malam esok.

Advertisement

Must Watch Video