BAYERN 5 LEIPZIG 2
Julian Nagelsmann menyifatkan persembahan Jamal Musiala dalam kemenangan 5-3 Piala Super Jerman ke atas RB Leipzig, awal pagi tadi, sebagai bertaraf dunia.
Pemain berusia 19 tahun itu meletakkan Bayern di hadapan pada awal separuh masa pertama menerusi penyudah menarik sebelum memainkan peranan penting dalam dua gol seterusnya untuk menuju bilik persalinan babak pertama dengan pendahuluan 3-0.
Dia membuat umpanan kepada Serge Gnabry, yang kemudian mencipta bantuan jaringan buat Sadio Mane dalam penampilan sulung kompetitifnya bersama Bayern, sebelum menghasilkan satu lagi gerakan kreatif untuk gol ketiga yang disumbangkan Benjamin Pavard.
Musiala membuat 40 penampilan musim lalu, namun hanya 18 dalam barisan utama.
Ditanya sama ada dia mungkin akan menjadi nadi utama musim ini, Nagelsmann berkata: "Sudah tentu, itu terpulang kepadanya. Jika dia bermain seperti hari ini maka dia amat ditagih oleh pasukan.
"Dia menjalani persiapan yang cemerlang dan begitu bersungguh-sungguh. Dia telah meningkat di bahagian pertahanan. Prestasinya hari ini adalah bertaraf dunia."
Pemain yang baru ditandatangani Bayern, Mane, turut membuka akaun jaringannya menerusi sentuhan mudah dari jarak dekat sementara dua jaringannya selepas rehat dibatalkan kerana ofsaid.
Nagelsmann cukup teruja dengan sumbangan bekas bintang Liverpool itu dan percaya kehadirannya mampu mendorong rakan sepasukannya.
"Ia adalah persembahan yang sangat baik," tambahnya.
“Dia merendah diri, rendah hati, rajin dan dia memberikan kata-kata semangat di bilik persalinan.
"Dia seorang pemain dengan kualiti yang luar biasa dan seorang lelaki yang hebat."

8 – The eight goals scored in total in FC Bayern’s 5-3 victory over @RBLeipzig_EN today, are the most goals scored in one match in the history of the German Super Cup. Spectacle. #RBLFCB pic.twitter.com/pxlkRcCP27
— OptaFranz (@OptaFranz) July 30, 2022