Jurulatih kelab Dong A Thanth Hoa, Velizar Popov, percaya hanya Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mampu menafikan sebarang usaha kelab Vietnam itu apabila menjelaskan bahawa mereka tidak panik tatkala kelab Vietnam itu ketinggalan 0-2 kepada Terengganu, malam tadi.

Mereka berhasil membawa pulang satu mata daripada pertemuan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu selepas menyempurnakan kebangkitan pada minit ke-51 untuk keputusan seri 2-2.

Dia menjelaskan keletihan pemainnya hanya terlihat dalam tempoh awal 40 minit sebelum melancarkan asakan ke kubu Terengganu.

"Satu mata tetap berharga daripada tidak memperoleh apa-apa.

"Apabila kami dibolosi 0-2, kami tidak berputus asa untuk mendapatkan jaringan seri berdepan pasukan yang hebat kerana tidak semua pasukan di Malaysia mampu berbuat demikian kecuali JDT,: katanya di Nadi Arena sebentar tadi.