Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala Sanix: pentas pendedahan buat skuad B-19 negara

bjan.jpg
Jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak, tidak meletak sebarang sasaran dalam saingan Piala Sanix 2019, sebaliknya menganggap ia adalah pendedahan kepada pemain dalam persiapan menjelang kelayakan Kejohanan AFC B-19, September depan. 

Hodak mengakui anak buahnya belum mencapai tahap kemampuan untuk meraih Piala Sanix apabila berhadapan tiga perlawanan menentang Aomori Yamada High School, Sagan Tuso Youth dan Otsu High School. 

Bagaimanapun, Hodak berharap Malaysia mampu meraih kedudukan lebih baik berbanding Piala Sanix tahun lalu yang hanya sekadar berada di tempat ke-12. 

"Setiap kejohanan yang kami sertai, kami akan cuba menang. Namun, kami ke sana tanpa tekanan. Ia lebih kepada pendedahan buat pemain untuk menentang pemain Jepun. Ia juga terarah kepada tahap permainan antarabangsa," katanya.

Sementara itu, kapten skuad B-19 negara, Firdaus Irman Mohd Fadhil, mengakui cuaca sejuk di Fukuoka, Jepun menjadi cabaran buat barisan pemain menyesuaikan diri. 

Pemain skuad Piala Presiden PKNP itu yakin dengan keserasian yang dimiliki antara satu sama lain mampu meletakkan Malaysia di kedudukan lebih baik dalam Piala Sanix musim ini. 

"Cuaca mungkin menjadi cabaran kerana ramai pemain tidak biasa dengan keadaan di sana. Kami akan berlatih dulu di sana, kemudian baru biasakan diri dengan permainan," ujar Firdaus.
 

Advertisement

Must Watch Video