BOLA SEPAK MSIA
Piala Sanix: Misi Firdaus Irman tambat hati Hodak
Penjaga gol skuad B-18 negara, Firdaus Irman Mohd Fadhil, bertekad menggunakan saingan Piala Sanix di Jepun sebagai peluangnya membuktikan kemampuan untuk diserapkan ke dalam skuad B-19 di bawah kendalian Bojan Hodak.
Penjaga gol berusia 17 tahun itu mempamerkan aksi memberangsangkan dalam dua perlawanan.
Bagi Firdaus, dia sememangnya memasang impian berada dalam senarai akhir Kejohanan AFF B-18, bulan depan dan juga Kejohanan AFC B-19, September depan.
Iklan
"Saya memasang impian untuk bermain dalam Kejohanan AFF sejak tahun lepas lagi.
"Malah, sejak pasukan itu ditubuhkan, saya sudah berhasrat untuk mendapat tempat dalam skuad B-19," katanya.
Mengulas mengenai saingan Piala Sanix, dia mengakui ia adalah saingan yang cukup kompetitif di peringkat remaja.
Selaku benteng akhir pasukan, dia berdepan penyerang lawan yang lebih berkualiti berbanding ketika mewakili Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dalam Piala Belia.
"Penyerang dalam kejohanan ini jauh berbeza dengan penyerang di Malaysia.
"Fizikal mereka lebih tinggi, mereka lebih kuat dan bijak mencari ruang.
"Ini pendedahan yang baik dan kami dapat belajar sesuatu daripada mereka," katanya lagi.
Must-Watch Video