Pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak, menyandarkan harapan kepada Hadi Fayyadh Abdul Razak dan A. Shivan Pillay untuk memimpin rakan sepasukan yang lebih muda dalam Piala Sanix di Fukuoka, Jepun, bermula esok.
Hodak membawa cabaran bersama skuad B-18 dalam kejohanan jemputan itu, yang akan mempersiapkan anak buahnya menghadapi dua perlawanan esok, iaitu menentang Maebashiku High School pada sebelah pagi dan disusuli aksi dengan FC Tokyo pada petang.
"Ini merupakan kali pertama saya mempunyai kesemua 17 pemain.
"Kami mempunyai lima hari untuk melakukan persiapan di Kuala Lumpur dan mengadakan dua perlawanan di Singapura.
"Aksi pertama tidaklah memberangsangkan, namun mereka menonjolkan peningkatan prestasi dalam aksi berikutnya.
"Sasaran kami adalah enam aksi kompetitif di sini dan saya amat berterima kasih kepada penganjur, Yakult, kerana menjemput kami.
"Mereka menjanjikan lima perlawanan untuk kami dan ramai pemain terbaik Jepun di peringkat umur ini akan terlibat.
"Buat pemain negara, ini peluang menarik untuk mereka menghadapi pasukan yang berkemahiran tinggi serta aksi dalam cuaca sejuk.
"Bukan semua pemain pernah beraksi dalam cuaca sejuk, maka ini pengalaman baik untuk mereka pada masa akan datang," katanya.
Sehubungan itu, Hodak menuntut Hadi Fayyadh dan Shivan untuk berkongsi pengalaman mereka semasa Kejohanan AFC B-23 di China, Januari lalu.
"Kedua-dua mereka mampu bermain dengan baik selain memiliki pengalaman lebih luas dalam kalangan rakan sepasukan.
"Dalam Kejohanan AFC B-23 yang lalu, mereka telah membuktikan kepada rakan-rakan yang lain contoh di dalam dan di luar padang," katanya lagi.